Amalan Puasa Hari Arafah-Habib Ali Zaenal Abidin

0

SILA SUBSCRIBE & SHARE

AMALAN MUDAH

Marilah Sama-Sama Kita Berpuasa Pada Hari Arafah 9 Zuhijjah, Semoga Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kita Yang Lalu & Akan Datang..In Shaa Allah

Menjaga Lidah ketika Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :

1)Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum serta mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya.

2)Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.

3)Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang merosakkan puasa, maka (seseorang yang berpuasa) digalakkan oleh Islam agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, berselawat dan sebagainya.

Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin

source


[AUTO POST] Video bukan milik CaraUntuk.Com dan bersumber dari Youtube.com Jika kamu Pemilik Video Dan Merasa Keberatan Tentang Posting Ini Jangan Sengan Untuk Kontak Kami
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted