Hadis masalah Najd (tanduk

0

AbuAfidita Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/17 04:20
Assalamu^alaikum wr.wb.

Semoga keberkahan selalu untuk Habib, Keluarga & Jmaah MR.

Mohon penjelesan masalah hadis mengenai Najd sebagai Tanduk setan:

1. Apakah hadis itu sahih?
2. Apakah yang dimaksud adalah Najd, tempat kelahiran Muhammad bin
Abdul Wahab atau Irak?
3. Apa makna dari hadis tersebut?

Terima kasih.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/18 03:12
Alaikumsalam warahmatullah wabaraktuh,

Cahaya keberkahan Rajab dan kemuliaan malam isra wal mi raj semoga
selalu menaungi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
1. hadits itu sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“Wahai Allah berkahilah wilayah Yaman kami dan wilayah Syam kami”

lalu mereka berkata : dan juga untuk wilayah Najd kita wahai
Rasulullah..!

Rasul saw berdoa lagi : “Wahai Allah berkahilah wilayah Yaman kami
dan wilayah Syam kami”

lalu mereka berkata lagi : dan juga untuk wilayah Najd kita wahai
Rasulullah..!,

Rasul saw menjawab : “Disitulah goncangan, fitnah, dan disanalah
terbitnya tanduk syaitan”
(Shahih Bukhari hadits no.990)

2. menurut para ulama kita bahwa memang anggapan para muhaddits
Najd adalah iraq, karena saat itu belu terjadi apa apa, namun
setelah kelahiran faham wahabi ini maka jelaslah sudah apa yg
dimaksud nabi saw adalah Najd tempat kelahiran Ibn Abdulwahab,
sebab para muhaddits belum menemukan fitnah yg demikian dahsyatnya
sebagaimana faham wahabi ini. namun Nabi saw mengabarkan hal itu.

3. pendapat yg mu^tamad pada ulama ulama kita adalah bahwa nabi
saw tak mau mendoakan Najd, karena Nabi saw memahami bahwa Allah
telah menghendaki fitnah muncul dari wilayah itu.
demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

wallahu a^lam

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

Ipoenk Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/19 18:34
Assalamualaikum.. Berarti Najd tempat lahir Ibn Abd.Wahhab itu di
mana Bib? Dan apakah tempatnya sekarang masih bernama Najd atawa
sudah berbeda? Jazakumullah khairan katsiran

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/20 03:00 yah.. gitu
deh..

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

Ipoenk Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/20 06:30 Maaf bib..
Saya tidak mengerti jawaban habib. Sekali lagi maaf.
Wassalamualaikum

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/21 04:07 daerah
Najd adala di saudi arabia, dan memang hingga kini dikenal dg
wilayah najd, tampat lahir Ibn Abdulwahhab.

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

khunthai Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/23 01:22
Assalamungalaikum wrwb
Semoga kesehatan dan kemuliaan selalu menyertai habib
sekeluarga..amien

Kami lihat dipeta.. bahwa sebelah timur Madinah adalah Najd
(termasuk Riyadh) bukan Irak. Irak termasuk sebelah utara (agak ke
timur) dari Madinah.
Juga bahwa ternyata sebagian besar daerah Irak adalah dataran
rendah.. bukan dataran tinggi seperti Riyadh.

Tapi ada bantahan dengan mengemukakan hadits, ada di sini,
http://al-ahkam.net/home/print.php?sid=15497

Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah Ya
Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah
kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami
dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami .

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: Wahai Rasulullah! (Doakanlah)
juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya
bersabda: Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit
tanduk syaitan

Mohon pak habib memberikan penjelasan.
Maaf ..pastilah pak habib tambah repot dengan pertanyaan kami,
tapi kami ingin masalah ini menjadi jelas dengan adanya hadits
itu.

Semoga dakwah Majelis Rasulullah dijayakan Allah sampai akhir
zaman nanti.. amien.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

alfatih Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/23 02:53
Assalamu^alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Najd adalah iraq sekarang dimana terjadi pembunuhan terhadap cucu
kesayangan Rasulullah saw di Karbala. Inilah fitnah yang dimaksud
dan orang iraq ketika masa sahabat radhiyallahu ^anhum masih hidup
pernah mempertanyakan tentang hukum terbunuhnya seekor lalat yang
sepele namun tidak mempertanyakan hukum atas kebiadaban terhadap
cucu Rasulullah saw tersebut. Sampai saat ini pun fitnah itu masih
terus ada dengan kondisi iraq yang memprihatinkan, pertumpahan
darah dan perebutan kekuasaan. Jauh sekali dengan pendapat
sebagian orang yang mengatakan najed adalah saudi arabia. Bahkan
sebaliknya di negeri ini kehidupan islam sangat terjamin, sumber
daya alam melimpah ruah, penduduk negeri jauh dari rasa takut.
Kebrkahan turun dari langit sesuai firman Allah dalam surat
Al-A^raaf 96.

Maksud Najd Di Sisi Al-Bukhari.

Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul:
Sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam: Fitnah itu (datang) dari
sebelah timur . Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith,
termasuklah doa Nabi Shallallahu alaihi wasallam dengan matan
(lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول
الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في
يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك
الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya
Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami . Mereka (para
Sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri
Najd kami . Baginda (terus) berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku!
Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah
negeri Yaman kami . Mereka (para Sahabat) berkata: Wahai
Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami .

Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda
bersabda: Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat
terbit tanduk syaitan [1] [1]

Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak menentukan
secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu alaihi
wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau dari sebelah
timur adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan
luar Madinah sampailah ke Iraq, Iran dan seterusnya. Ini bermakna,
Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu
kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab.

Maksud Najd Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain.

Selain daripada riwayat Al-Bukhari di atas, hadith ini juga telah
diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith yang lain dengan
matan seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك
لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في
صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال:
فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya
Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah
negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri
Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami .

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: Wahai Rasulullah! (Doakanlah)
juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya
bersabda: Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit
tanduk syaitan [2] [2].

Matan (lafaz) riwayat ini dilihat berbeza dengan matan riwayat
Al-Bukhari kerana di dalamnya ada penambahan doa untuk keberkatan
negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan Najd yang ada dalam
matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq.

Meskipun ada perbezaan matan antara kedua riwayat tersebut, tetapi
pada hakikatnya ia adalah riwayat yang sama, kerana sanad
(rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang
Sahabat yang sama iaitu Abd Allah Ibn Umar radhiallahu anhuma.
Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi
daripada Ibn Umar radhiallahu anhuma, manakala matan riwayat Abu
Nu aim dan Ibn Asakir itu pula diriwayatkan melalui jalan sanad
Salim daripada Ibn Umar radhiallahu anhuma.

Mengikut kaedah ilmu hadith, kedua-dua riwayat Nafi dan Salim itu
saling menyokong antara satu sama lain secara mutabaah (sokongan
dalam konteks riwayat yang datang daripada Sahabat yang sama).
Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada hakikatnya adalah
riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat sebagai
penjelas maksud antara satu sama lain.

Dengan perkataan lain, matan riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas
kepada maksud matan riwayat Abu Nu aim dan Ibn Asakir,
sebagaimana matan riwayat Abu Nu aim dan Ibn Asakir juga menjadi
penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.

Ini bermakna, perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat
Al-Bukhari menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Iraq yang ada
dalam matan riwayat Abu Nu aim dan Ibn Asakir, sebagaimana
perkataan Iraq juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Najd.
Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan Najd yang
dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam dalam doanya
itu ialah negeri Iraq dan bukan daerah khusus yang terdapat di
negara Arab Saudi yang dikenali sebagai Najd.

Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana
Salim Ibn Abd Allah Ibn Umar radhiallahu ^anhuma pernah berkata:

يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي،
عبدالله بن عمر يقول:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا
وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان…

Maksudnya: Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu
tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang
telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) Abd Allah Ibn
Umar berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda
mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana
terbitnya dua tanduk Syaitan [3] [3].

Riwayat muslim ini jelas menunjukkan bahawa kata-kata Nabi SAW itu
ditujukan kepada penduduk Iraq dan isyarat tangan Baginda itu juga
ditujukan kepada negeri Iraq. Maka, berdasarkan keseluruhan
riwayat-riwayat ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkataan Najd
yang terdapat dalam riwayat Al-Bukhari itu merangkumi seluruh
negeri cIraq secara umum dan bukan menjurus kepada suatu tempat
yang khusus di Negara Arab Saudi.

Maksud Najd Berdasarkan Huraian Para Ulama.

Selain pendekatan memahami hadith melalui perbandingan dengan
riwayat-riwayat lain, maksud perkataan Najd juga dapat diperolehi
daripada huraian para ulama terhadapnya. Dalam konteks ini,
Al-Hafiz Ibn Hajar Al- Asqalani rahimahullah memetik kata-kata
Al-Khattabi rahimahullah (388H):

نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها
وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور
فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.

Maksudnya: Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di
Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan
persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah.
Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan
tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud
kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya
adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah [4]
[4].

Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi
dengan katanya:

وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم
أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه
يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.

Maksudnya: Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat
Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat
khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan
setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka)
dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur [5]
[5].

Maksud Najd Dari Sudut Bahasa.

Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al- Arab[6] [6], Mu
jam Maqayis Al-Lughah[7] [7] dan Al-Qamus Al-Muhit[8] [8] telah
mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah
tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan
Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu alaihi
wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai
penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di
kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang
khusus.

Maksud Najd Berdasarkan Fakta Sejarah.

Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah
menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa
bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat
yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq
dan Iran.

Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam,
bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya
berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij
dan Syiah pada zaman Khalifah Uthman dan Ali radhiallahu anhuma
yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan
umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin,
Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu
alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian
dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah,
semuanya berlaku di Iraq.

Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai
pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan
datang dari sana di kuarantinkan riwayat mereka oleh para ulama
sebagai langkah berwaspada.

Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan
bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh
krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh
Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan
peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban
hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula
dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai
sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang
digambarkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya
itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa
kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq,
iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk
dalam sempadan negara Iran.

Maksud Najd Dari Sudut Geografi.

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz
dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab) secara
tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah
Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu alaihi
wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari
sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq
kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan
mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith,
penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti
sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh
Nabi Shallallahu alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri
Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran
pada masa kini.

Maksud Najd Dari Sudut Umum Atau Khusus.

Meskipun hadith itu menunjukkan kedudukan negara Iraq (dan
sekarang termasuk Iran) sebagai tempat yang banyak menimbulkan
fitnah bagi umat Islam, namun yang demikian itu langsung tidak
menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana
penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti
kecaman pada tempat tersebut secara mutlak, tetapi ia bermaksud
kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa
yang tertentu[9] [9].

Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya
menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa,
sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak
semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang
masa.

Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga
melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota
Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu
yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.

Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman,
Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di
negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai
contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari
negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah
dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al- Anasi sebagai nabi
palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi
palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat
Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri
Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana
menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu alaihi
wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu alaihi wasallam
meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah Baginda
bersabda:

إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر.

Maksudnya: Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah
kamu seperti titisan air hujan [10] [10].

Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan
jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan
kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu alaihi
wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika
dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah.
Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak
daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.

Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini
adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi
merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan
Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab), maka
yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap
individu tertentu yang tinggal di sana.

Kedua: Maksud Tanduk Syaitan .

Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah mengemukakan empat pendapat yang
berbeza bagi menjelaskan maksud ungkapan tempat muncul tanduk
syaitan , iaitu[11] [11]:

I. Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja
yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan
(manusia).

II. Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari
ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari
akan terarah kepadanya.

III. Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit
antara dua tanduknya.

IV. Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri
daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah
pembunuhan Uthman radhiallahu anhum) datangnya dari sebelah
Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat
Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh
Syaitan.

Semua tafsiran di atas langsung tidak menunjukkan sasaran kepada
mana-mana individu secara khusus.

Notakaki

[1] [12] Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma il, Sahih Al-Bukhari, Dar
Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2598, No: 6681. Tetapi
dalam bab yang bermaksud: Apa yang dikatakan dalam hal gempa bumi
dan tanda-tanda Kiamat beliau meriwayatkannya secara mauquf
(terhenti setakat Ibn Umar radhiallahu anhum) sahaja. Lihat
rujukan yang sama, 1: 351, No: 990.

[2] [13] Abu Nu aim Al-Asbahani, Ahmad Ibn Abd Allah, Hilyah
Al-Auliya , Dar Al-Kitab Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1405H, 6: 133
dan Ibn Asakir, Ali Ibn Al-Hasan Ash-Shafi ie, Tarikh Madinah
Dimashq, Dar Al-Fikr, Beirut, Lubnan, 1995, 1: 130. Matan (lafaz)
ini juga diriwayatkan oleh Ya kub Al-Fasawi dalam Al-Ma rifah,
Al-Mukhallis dalam Al-Fawaid Al-Muntaqah dan Al-Jurjani dalam
Al-Fawaid, Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah
Al-Ahadith As-Sahihah, Maktabah Al-Maarif, Riyadh, Arab Saudi,
1996, 5: 271-302.

[3] [14] Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Tahqiq: Muhammad Fuad
Abd Al-Baqi, Dar Ihya At-Turath Al- Arabi, Beirut, Lubnan, 1991,
4: 2229, No: 2905. Selain daripada riwayat Muslim ini, riwayat
At-Tabrani juga jelas menyebut negeri Iraq sebagai punca
datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mu jam
Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al- Ulum
Wa Al-Hikam, Mausil, Iraq, 1984, 2: 54-55, No: 1270 dan 6: 91,
No: 5608.

[4] [15] Al- Asqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi
Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.

[5] [16] Al- Asqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi
Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma rifah, Beirut, 1379H, 13: 47.

[6] [17] Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukrim, Lisan Al- Arab, Dar
Sadir, Beirut, Lubnan, t.th, 3: 413-419.

[7] [18] Ibn Faris, Ahmad Ibn Faris, Mu jam Maqayis Al-Lughah, Dar
Al-Jil, Beirut, Lubnan, 1991, 5: 392.

[8] [19] Al-Fairuzabadi, Muhammad Ibn Ya kub, Al-Qamus Al-Muhit,
Muassasah Ar-Risalah, Beirut, Lubnan, 1987, Hal: 410.

[9] [20] Abd Ar-Rahman Ibn Hasan, Majmu ah Ar-Rasail Wa
Al-Masail, Dalam: Nasir Ibn Abd Al-Karim Al- Aql, Islamiyyah La
Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2003, Hal:
282-283

[10] [21] Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma il, Sahih Al-Bukhari, Dar
Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2589, No: 6651.

[11] [22] Al- Asqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi
Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma rifah, Beirut, 1379H, 13: 46-47.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/23 03:57
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Cahaya keridhoan Nya swt semoga selalu menerangi hari hari anda,

saudaraku yg kumuliakan,
bila artikel anda dimaksudkan membela Ibn Abdul wahhab, sungguh
tempat kelahiran Ibn Abdulwahhab adalah di wilayah yg di kenal dg
nama Najd, penduduk disana digelari dengan najdiy (orang najd).

mengenai pendapat para muhadditsin, sungguh terdapat ikhtilaf
mengenai posisi Najd ini, saya tidak berkenan menyebutkannya
karena akan menjadi perdebatan yg tak berguna.

bila ditanya apakah betul Ibn Abdulwahhab lahir di Najd,
jawabannya betul, karena anda boleh tanyakan dan ziarah ke
makamnya, memang di wilayah yg bernama najd.

Ibn Abdulwahhab tertuduh sebagai pemimpin gerakan wahabi, namun
ada juga sangkalan bahwa justru abdulwahab tidak demikian, gerakan
yg dinamai wahabi ini adalah perbuatan murid muridnya.

walhasil

saya tak mau membahas mengenai aib pribadi Ibn Abdulwahab dalam
forum ini untuk diperdebatkan, apakah betul ia pencetusnya atau
bukan, karena yg perlu kita luruskan adalah ajaran wahabi yg
banyak penyimpangan, mengenai siapapun pencetusnya, bukan itu
tujuan kita untuk membahasnya.

bila betul dia pencetusnya maka apa perlunya kita membahasnya?,
malah kita kebagian dosanya karena telah meng Ghibahnya, bila
ternyata bulan dia pencetus ini semua, maka kita telah kena dosa
memfitnahnya.

tujuan kitan adalah perbaikan akidah muslimin yg bergetar dalam
keraguan dengan kemunculan faham wahabi ini.

demikian saudaraku yg kumuliakan, mohon maaf bila anda merasa saya
menuduh Ibn Abdulwahhab adalah yg dimaksud dalam hadits itu, tidak
demikian maksud saya, karena dalam hal ini adalah ikhtilaf para
muhadditsin..

wallahu a^lam

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/07/23 04:03
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Cahaya keridhoan Nya swt semoga selalu menerangi hari hari anda,

saudaraku yg kumuliakan,
saya kira jawaban saya diatas telah jelas,

dan bila anda bertanya dimana Ibn Abdulwahab dilahirkan, semua
penduduk saudi arabia tahu dan jawabannya sama, yaitu najd..

dan penduduk Najd terkenal kasar kasar ucapannya dan tak
bersahabat, penduduk di wilayah itu digelari Najdiy. (orang najd)

demikian saudaraku yg kumuliakan,

wallahu a^lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

AlMuntazar Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/09/07 15:40 Awfan ya
Sayyidi,
di artikel antum di atas menjelaskan posisi Najd berada di Saudi
Arabia, sebangkan pada artikel tanya jawab pada bagian-bagian
akhir berubah posisi menjadi di Iraq. Mana yang benar ?

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Hadis masalah Najd (tanduk setan) – 2007/09/07 16:34
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Cahaya Keindahan Allah swt semoga selalu menerangi hari hari anda
dengan kebahagiaan,

Saudaraku yg kumuliakan,
terdapat ikhtilaf dalam masalah ini, sebagian muhadditsin
berpendapat posisinya di Irak, namun banyak dari Ulama Yaman
mengatakan posisi Najd adalah di arab saudi

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga sukses dalam semua cita
cita, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=5598

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted